Basic ICT Kenali Komponen Komputer@ PEDI Tambun Tulang

27 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jan 2024, telah berlangsung Basic ICT Kenali Komponen Komputer@ PEDI Tambun Tulang. Program ini berlangsung bermula pada pukul 3.00 - 5.00 Petang. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staff PEDi dan juga komuniti selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan kanak-kanak tentang setiap komponen komputer dan fungsi-fungsinya dan menggunakan microsoft Bing bagi mencipta karakter disney berdasarkan gambar individu. Di samping memberi pendedahan tentang keselamatan penggunaan internet dan fungsi Pusat Ekonomi Digital. PEDi yang terlibat PEDi Tambun Tulang. Staff PEDi berkongsi mengenai kempen keselamatan ICT iaitu Klik Dengan Bijak kepada komuniti yang datang dan peserta diberikan taklimat peraturan sebelum larian bermula dan sesi pemanasan badan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali